WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RONALDO MUNGKIN BERSARA DI JUVENTUS, KATA EJEN

Ronaldo telah menyumbat 39 gol dalam 62 perlawanan sejak tiba di Juve


Back To Sports Updates

Cristiano Ronaldo gembira di Juventus dan mungkin akan menamatkan kariernya bersama kelab Serie A itu, kata ejen bintang Portugal itu, Jorge Mendes.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu tiba di Juve daripada Real Madrid pada Julai tahun lalu dan mengikat kontrak sehingga 2022.

Walaupun wujud pelbagai spekulasi mengenai masa depannya, Mendes yakin pemain berusia 34 tahun itu akan bersara di Juventus.

"Di Juve, dia gembira. Terdapat jurulatih yang hebat iaitu Maurizio Sarri," katanya.

"Ya, dia mungkin akan menamatkan karier di Juve. Dia telah menandatangani kontrak."

Ronaldo telah menyumbat 39 gol dalam 62 perlawanan sejak tiba di Juve, termasuk 11 jaringan dalam 19 penampilan musim ini.

Sumber: AWANI