WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MOURINHO YAKIN SPURS MAMPU ISI EMPAT TERBAIK

Mourinho percaya skuad kendaliannya Tottenham hanya menunggu masa untuk mendaki semula kedudukan empat teratas Liga Perdana


Back To Sports Updates

LONDON: Jose Mourinho percaya skuad kendaliannya Tottenham hanya menunggu masa untuk mendaki semula kedudukan empat teratas Liga Perdana selepas dia mengambil alih tugas Mauricio Pochettino, bulan lalu.

Spurs ketika ini menghuni kedudukan pertengahan liga selepas mengharungi permulaan kempen yang mengecewakan di bawah bimbingan Pochettino. 

Begitupun, bekas pengendali Manchester United dan Chelsea itu mengubah nasib Spurs sejurus tiba selain membantu kelab dari London itu mara ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Kami tahu di mana kami sepatutnya berada,” kata Mourinho menjelang aksi bertemu Wolves, esok. “Sudah tentu, kami tidak patut mengisi kedudukan bahagian kedua liga, di mana kami pernah berada.

“Malah tempat kami bukanlah di posisi ketujuh atau kelapan, di mana kami sekarang. Tetapi jika kamu boleh melajukan prosesnya dan mendapatkan keputusan yang diharapkan, tidak lama lagi, bukan saja di posisi ini tetapi inilah yang boleh kami lakukan sekarang. Kami memerlukan sedikit masa.

“Kami perlu memperbaiki banyak perkara, dan kami akan meningkat kerana kami mempunyai bakat yang diperlukan, keinginan untuk memperbaiki sesuatu jadi saya yakin kami akan bertambah baik.”

Spurs akan mengharungi perlawanan menentang Wolves tanpa Erik Lamela yang mengalami kecederaan bahu selain Tanguy Ndombele susulan masalah pangkal paha. 

Begitupun, mereka akan memperoleh kembali khidmat Harry Winks dalam usaha untuk bangkit selepas mengharungi kekecewaan tewas 2-1 kepada juara Jerman, Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara.

Sumber: Berita Harian