WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MILNER LANJUT KONTRAK DENGAN REDS

James Milner menandatangani kontrak baharu tiga tahun bersama Liverpool yang mengekalkannya di Anfield sehingga 2022


Back To Sports Updates

LONDON: James Milner menandatangani kontrak baharu tiga tahun bersama Liverpool yang mengekalkannya di Anfield sehingga 2022.

Pemain tengah itu, yang menyertai Reds dari Manchester City menerusi perpindahan percuma pada Oktober 2015 sebelum ini berkata dia berharap perjanjian baharu dapat dimuktamadkan selepas sudah empat tahun berada di Merseyside.

Bintang berusia 33 tahun itu sudah bermain sebanyak 198 kali untuk Reds dan memainkan peranan penting pada musim ini yang menyaksikan juara Eropah itu mengisi tangga teratas Liga Perdana ketika ini.

Sekali pun posisinya berubah daripada pemain tengah kepada pertahanan di bawah kendalian Jurgen Klopp, Milner sudah menyumbat 25 gol untuk Liverpool dan menjadi pilihan utama jurulatih dari Jerman itu.

“Saya rasa bertuah dan dihargai untuk bermain dengan kelab ini selama empat setengah tahun sekarang, ia adalah tempoh yang menakjubkan untuk melihat bagaimana melihat kelab ini berubah dan meningkat,” kata Milner.

“Saya sentiasa menikmati detik datang berlatih di sini setiap hari, berjuang bersama kumpulan pemain-pemain ini, pengurus, staf kejurulatihan dan menjadi sebahagian daripada kelab. Jelas kami mendapat sokongan yang menakjubkan dari seluruh dunia.

“Ia adalah tempat yang hebat untuk bermain bola sepak, ia adalah tempoh yang menakjubkan untuk berada di kelab bola sepak ini. Kami perlu mengumpul beberapa lagi trofi dan pasti hebat untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan mendatang.”

Ketika bersama City, Milner sudah dua kali merasai nikmat bergelar juara Liga Perdana yang pertama pada 2012 di bawah kendalian Roberto Mancini sebelum menjulangnya sekali lagi di bawah bimbingan Manuel Pellegrini pada 2014.

Sumber: Berita Harian