WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MAN UNITED LAGI BAIK - MOURINHO

Jose Mourinho akur bekas kelabnya, Manchester United layak meraih kemenangan 2-1 ke atas kelab kendaliannya Tottenham Hotspur


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Jose Mourinho akur bekas kelabnya, Manchester United layak meraih kemenangan 2-1 ke atas kelab kendaliannya Tottenham Hotspur, awal pagi tadi selain memuji persembahan Marcus Rashford.

Mourinho mengambil alih tugas mengendalikan Spurs, bulan lalu selepas hampir setahun dipecat oleh United.

“Saya fikir mereka layak meraih kemenangan berdasarkan aksi babak pertama, kami langsung tidak bermula dengan baik,” kata Mourinho yang skuad kendaliannya ketinggalan seawal minit ketujuh menerusi jaringan Rashford.

“Saya fikir pada 30 minit pertama mereka adalah pasukan terbaik, dan saya fikir kerana itu, disebabkan 30 minit di mana kami tiada di sana, dan juga kerana kami melepaskan gol kedua, saya fikir mereka layak menang.”

Mourinho turut menegaskan skuad kendaliannya Ole Gunnar Solskjaer yang diikat Aston Villa dan Sheffield United dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana tampil dengan persembahan terbaik menentang pasukan hebat.

“Keputusan United menentang pasukan-pasukan terbaik musim ini bagus. Chelsea, Liverpool, Leicester," katanya. “Dengan corak permainan mereka, ia lebih mudah untuk mereka.

“Mereka tidak bimbang untuk menggunakan pendekatan bertahan. Lebih mudah untuk mereka menentang pasukan lebih baik, menentang pasukan yang mahu lebih menguasai bola,” katanya.

Pengendali dari Portugal itu, yang dipecat United selepas dua setengah musim turut memuji kualiti penyerang England, Rashford.

“Apabila dia bermain di sebelah kiri, dia amat merbahaya dan saya mengetahuinya dan memberikan pemain-pemain saya maklumat mengenainya. Gol pertamanya seperti biasa datang daripada sebelah dalam. Pemain-pemain mengetahuinya dengan jelas.”

Sumber: Berita Harian