WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SOLSKJAER GESA PEMAIN KEKAL MOMENTUM

Ole Gunnar Solskjaer mahu prestasi baik Manchester United di Liga Europa diteruskan dalam kempen Liga Perdana


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mahu prestasi baik Manchester United di Liga Europa diteruskan dalam kempen Liga Perdana selepas Red Devils cemerlang menewaskan Partizan 3-0, awal pagi tadi.

Gol sumbangan Mason Greenwood, Anthony Martial dan Marcus Rashford mengembalikan rentak kemenangan United yang turut mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati berbaki dua perlawanan peringkat kumpulan.

Sekali pun kecewa selepas pemainnya melepaskan beberapa peluang terhidang, prestasi United yang tidak pernah bolos dalam saingan Eropah itu menggembirakan Solskjaer yang kini menuntut pemainnya untuk bangkit dalam kempen domestik.

United ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana selepas hanya melakar tiga kemenangan dalam 11 perlawanan.

“Ia adalah asas, landasan untuk kamu terus menampilkan aksi yang baik,” kata Solskjaer. “Kami tahu yang kami sedang memperkuatkan pertahanan pada tahun ini dan kami beraksi dengan baik, kami mahu melihatnya berterusan di Liga Perdana.

“Lebih banyak menjaringkan gol, mencipta peluang dan melihat senyuman di wajah pemain. Sebahagian permainan amat baik, kami bermain dengan kualiti yang amat tinggi.”

Selepas terlepas beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol pada babak pertama, Rashford mengakui lega dengan kemenangan itu yang dilihat memadam duka kekalahan kepada Bournemouth pada aksi sebelum ini.

“Paling utama ialah prestasi kami baik, kami amat gembira, mengharungi permainan dengan amat positif dan meningkat,” kata penyerang England itu. “Ia menjadi keutamaan saya ketika ini sebagai penyerang.

“Harapnya hari ini hanya permulaan dan kami boleh meningkat. Ia perkara paling utama, cuba membantu satu sama lain untuk menjaringkan gol.”

Sumber: Berita Harian