• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

LEICESTER LONJAK KE TANGGA KETIGA

Leicester City melonjak kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park


Back To Sports Updates

 

CRYSTAL PALACE 0 LEICESTER CITY 2

Leicester City melonjak kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park malam tadi.

The Foxes turun ke gelanggang itu dengan rekod 12 jaringan dalam dua perlawanan di tempat lawan terakhir dalam kesemua kejohananan, namun dua gol -- masing-masing satu daripada pertahanan, Caglar Soyuncu, dan penjaring terbanyak Liga Perdana, Jamie Vardy -- sudah cukup untuk memberikan mereka tiga mata.

Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Soyuncu memberikan Leicester gol pendahuluan pada minit ke-57 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menyumbat masuk bola daripada sepakan penjuru James Maddison.

Vardy kemudian mengesahkan kemenangan itu menerusi jaringannya pada dua minit terakhir -- golnya yang ke-10 dalam liga musim ini -- dengan menyudahkan gerakan sepasukan gemilang yang turut melibatkan Youri Tielemans dan Demarai Gray.

Sumber: AWANI