WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

RONALDO TAK TAKSUB PECAH REKOD

Penyerang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak taksub dengan memecahkan rekod


Back To Sports Updates

KIEV, Ukraine: Penyerang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak taksub dengan memecahkan rekod apabila dia kini merekodkan jaringan ke-700 dalam kariernya.

Ronaldo menyumbat penalti pada babak kedua perlawanan kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan Portugal tewas 1-2 di tangan Ukraine di Kiev awal pagi ini.

Kekalahan Portugal di Stadium Olympic itu bagaimanapun memberi kesan kepada Ronaldo, yang kini disenaraikan antara pemain elit yang mencatat jaringan sebanyak itu.

“Tidak semua orang boleh mencapai angka jaringan itu,” katanya.

“Terima kasih kepada rakan pasukan, rakan seangkatan dan jurulatih yang membantu saya menjadi pemain seperti mana sekarang.

“Saya kecewa kami tidak menang tetapi berbangga dengan pasukan ini.”

Mengimbau pencapaian peribadinya, Ronaldo berkata: “Berapa rekod saya ada? Saya pun tak tahu. Saya gembira pada saat ini dan berterima kasih siapa yang membantu saya hingga ke tahap ini.

“Kali terakhir saya bermain di sini, saya memenangi Liga Juara-Juara, saat indah yang sudah berlalu. Hari ini kami bermain baik tetapi tidak menang.

“Rekod datang secara semula jadi – saya tak mencarinya, rekod yang mencari saya! Tanpa sebarang obsesi, ia datang secara semula jadi.”

Sumber: Berita Harian